Program santai tersebut bertemakan Ukhwah, Rekreasi, dan Istiqamah.

Mereka yang terlibat dalam program tersebut terdiri daripada ahli komuniti Taman Pelangi Semenyih 2 dan ahli jawatankuasa serta biro surau berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah usrah, sukaneka dan jamuan makanan.

Tujuan program itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping memupuk persefahaman dan persahabatan sesama ahli.