Anak kedua, Abd. Khadir Abu Bakar berkata, program itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli keluarga dan beramah mesra. Program itu diadakan selama tiga hari dua malam.

“Pelbagai acara diadakan sepanjang perjumpaan itu termasuk bacaan doa selamat, acara sukaneka serta tarian gala Bollywood dan banyak lagi,” katanya.