Pengerusinya, Mohd. Ridzuan Kasim berkata, majlis itu bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara ahli kelab selain bertukar pandangan bagi memantapkan serta mewujudkan lebih banyak program pada tahun depan.

“Diharapkan majlis ini dapat memberi kelainan sekali gus memberikan semangat baharu kepada ahli untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan cemerlang,” katanya.