Menurut Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah, Shah Jahan Mohd. Nasser, kesemua guru pelatih itu diberi tugas sebagai pembantu pemimpin melalui program tersebut.

“Program ini diharap dapat memberikan pengalaman buat mereka terutamanya berkaitan aktiviti pengakap dan sebagai persediaan untuk menjadi guru kelak,” katanya.