Program itu disertai seramai 400 peserta yang terdiri daripada 200 orang guru pelatih dan 200 pelajar dari lima buah sekolah rendah dan menengah di daerah Kuala Muda.

Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar turut menyampaikan ceramah mengenai bahaya minum air daun ketum dan penyalahgunaan najis dadah di program itu.

Urusetia program tersebut, Datin Dr. Wan Roslina Wan Ismail berkata, ceramah berkaitan jenayah siber, gejala sosial dalam kalangan remaja dan lain-lain boleh dijadikan panduan kepada setiap peserta untuk membaiki diri ketika menyertai program yang bertemakan ‘Berpisah Tiada’ itu.