Perjumpaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah itu dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah di 147 pusat pengajian Islam di negeri berkenaan.

Urusetia perjumpaan itu, Fadhil Abdul Rahman berkata, banyak perkara baharu diperolehi setelah peserta mendengar ceramah penting pada program tersebut.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Dr. Salmee Said dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh.