Ahli Jawatankuasa Taman Desa, Mazal Nazri, 53, berkata, Program Sayangilah Ibu Bapa Anda itu diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya warga emas.

“Kita mengadakan aktiviti bergotong-royong dengan membersihkan sekitar kawasan pusat jagaan ini.

“Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama warga emas selain mendidik anak-anak muda menyantuni orang tua secara lebih dekat,” ujarnya.