Penyelaras program juga pengerusi KRT Zon Bandar, Rashidin Rahman berkata, program melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Kelantan, Kota Mas, Kota Jaya A dan Kota Jaya 3D/3E itu diadakan bertujuan memastikan kawasan tersebut indah, ceria dan bersih serta membanteras penularan penyakit berjangkit seperti demam denggi.

“Program yang dianjurkan itu turut mendapat sambutan menggalakkan dalam kala­ngan pelajar sekolah yang mengambil peluang untuk mengisi masa bagi cuti hujung minggu,” katanya.