Pengerusi Kami Anak Felda (KAF) Felda Jengka 18, Zale Azman Abd. Malik yang mewakili pihak penganjur kejohanan itu berkata, turut serta dalam acara tersebut ialah pasukan Felda Plantation dari India.

“Kejohanan ini anjuran bersama pihak KAF, pejabat pentadbiran Felda Jengka, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Felda Jengka 18, Jawatankuasa Masjid Jengka 18 serta usahawan Felda.

“Penganjuran buat kali pertama ini mendapat sambutan hangat daripada generasi belia Felda yang mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim,” ujarnya.

Kejohanan tersebut dijuarai pasukan Rendang, diikuti Loyang D (naib juara) dan Bahulu (ketiga).