Penyelaras Program, Dr. Aishairma Aris berkata, pertandingan itu merupakan julung-julung kali diadakan yang disertai pensyarah dan penuntut dari pelbagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan program kejururawatan.

“Melalui pertandingan ini, ia dapat membantu penuntut untuk mengenal pasti ciri-ciri peribadi mereka seperti nilai, sikap, prejudis, kepercayaan, andaian, perasaan, motif peribadi, serta kesan tindakan mereka ke atas orang lain, terutamanya pesakit.

“Cara ini juga membantu penuntut meningkatkan kemahiran diri mereka sewaktu sesi pembelajaran,” katanya.

Majlis dirasmikan Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Roslina Abdul Manap.