Mereka ialah Datuk Ishak Bakri sebagai penerima Anugerah Ikon Profesional, Yusof Abdullah (Ikon Aktivis Masyarakat), Mohd. Khairul Fahmi Sani (Ikon Sukan), Aziz Othman (Ikon Keusahawanan), Dr. Nurhuda Salleh (Ikon Pendidikan) dan Ir Rofie Sarbini (Ikon Korporat).

Penyelaras program, Mahfuzah Abdul Rahman berkata, program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dihadiri 600 alumni daripada sesi 1967 hingga 2007.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahya.