Penyelaras perhimpunan keluarga itu, Abdurrahman Abd. Hadi berkata, majlis itu diadakan bertujuan memberi platform kepada semua ahli keluarga mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

Antara program yang dianjurkan ialah sesi suai kenal, bacaan Yasin dan tahlil, dialog tertutup keluarga, sukaneka diikuti dengan tazkirah bertajuk ‘Keluarga Harmoni’ yang disampaikan oleh Ustaz Burhanuddin Helmi Hisamuddin selepas solat Maghrib.

“Saya berharap perhimpunan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang,” katanya.