Ia merupakan latihan gabungan yang dilaksanakan secara latihan pos pemerintah bagi mengukur tahap kesiagaan pelaksanaan operasi pada peringkat divisyen.

Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zakaria Yadi berkata, latihan itu melibatkan keupayaan perancangan operasi, bantuan logistik dan bantuan perkhidmatan di bawah naungan pasukan berkenaan.

Turut hadir Panglima 11 Briged, Brigadier Jeneral Toh Choon Siang dan wakil Panglima 12 Briged, Kolonel Romainor Mohamed.