Pengurus Operasi Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, sumbangan kertas A4 berkenaan untuk kegunaan pihak sekolah dan pelajar dalam pembelajaran.

“Setiap sekolah menerima 50 kotak kertas A4 dan penerima merupakan sekolah yang berdekatan dengan pasar raya kami.

“Terbaharu, kami telah memberi 50 kotak kertas A4 manakala Persatuan Pelindung Pengguna Malaysia (PPPM) menyumbang empat buah kipas angin dan 20 lampu led kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera, Johor Bahru dan suraunya,” katanya.

Turut hadir pada majlis sumbangan berkenaan iailah Pengerusi PPPM, Datuk David Maniam.