Kejohanan badminton tertutup itu dianjurkan oleh Eagle Badminton Club bertujuan mengeratkan silaturahin dalam kalangan peserta yang berbeza latar belakang.

Presiden kelab itu, Mohd. Redza Mokhtar berkata, hadiah berupa wang tunai, hamper serta baucer disampaikan kepada para peserta sebagai inisiatif untuk menggalakkan mereka aktif bersukan termasuk badminton.