Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata, Hari Susu Sedunia diraikan agar pengguna dan generasi muda Malaysia dapat berkongsi kebaikan dan khasiat susu.

“Sambutan kali ini lebih bermakna kerana tahun ini merupakan tahun yang ke-55 Dutch Lady beroperasi membekalkan nutrien susu yang berkualiti kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika melancarkan sambutan Hari Susu Sedunia di Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar, Subang Jaya baru-baru ini.

Antara sekolah lain yang terlibat dalam pengagihan susu itu di Subang Jaya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tun Tan Cheng Lock dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan.