Acara tahunan itu menyaksikan perlawanan bola sepak bawah lapan, 10 dan 12 tahun antara Kelab Dragon Junior Penang, Bayan Wanderers, Kenari Kids Kuala Ketil dan Padang Polo Sport Recreation Club.

Menurut jurulatih Dragon Junior Penang, Asmawi Ismail, perlawanan persahabatan itu bertujuan menimba pengalaman pemain sekali gus meningkatkan prestasi kelab pada masa akan datang.