Ketua BBP Kuala Selangor, Mohd. Faisal Jumari berkata, sebanyak dua ekor lembu dikorbankan pada program tersebut.

Katanya, program itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara anggota dan komuniti setempat di samping memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap pengorbanan anggota bomba dalam tugas yang dijalankan.

Katanya, sebanyak 120 bungkus daging korban kemudiannya diagihkan kepada golongan miskin, anggota dan penduduk.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.