Mudir sekolah tersebut, Zamzurina Hasyim berkata, aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah terutamanya bahagian belakang sekolah.

“Guru-guru amat bimbang dengan keselamatan para pelajar yang sering terserempak dengan ular di belakang sekolah. Kami bersyukur program ini mendapat kerjasama baik daripada pelajar, ibu bapa dan guru termasuk 25 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau,” katanya.