BKKM Yadim dan SAF N9 gotong royong cuci surau
MERIAH. Bahagian Khidmat Komuniti Dan Masyarakat (BKKM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Sukarelawan Al Falah Negeri Sembilan (SAF N9) menganjurkan Program Cuci Surau bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka di Surau Asy-Syakirin, Taman PD Utama, Port Dickson baru-baru ini.
Timbalan Pesuruhjaya SAF Kebangsaan, Abdul Latif Yunos berkata, program itu melibatkan seramai 10 orang ahli jawatakuasa surau dan 10 orang Sukarelawan SAF Negeri Sembilan.
“Program Cuci Surau ini antara yang sering dianjurkan bagi mengeratkan hubungan ukhuwah bersama,” katanya.