Ketua Pasukan BFF Fighter, Def Anan Mohd. Idon berkata, kemenangan kali kedua itu adalah bukti usaha pasukan yang bermain bersungguh-sungguh dan telah membuat latihan awal sebagai persediaan menghadapi perlawanan tersebut.

Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dalam perlawanan itu termasuk BBF Fires, Kelab Anak-Anak Johol (AAJ) serta Negeri Sembilan Strikes dan pihak penganjur amat berbesar hati dengan penyertaan yang memberangsangkan daripada pihak luar.

AHLI KRK UTeM bergambar kenangan sewaktu menyertai program Hiking KRK 2019 di Bukit Batu Lebah, Selandar, Melaka baru-baru ini.