Seorang peserta, Mohd. Aiman Syafiq Baharul Akmar berkata, pelari Malaysia teruja menyertai acara dalam kategori lima dan 14 kilometer (km) itu.

Tambahan pula, majoriti daripada mereka yang pertama kali menyertai acara di luar negara turut berkesempatan bercuti di Hatyai.

“Tambah manis apabila salah seorang peserta Malaysia dari Kedah berjaya menduduki tempat kelima dalam kategori yang disertainya,” katanya.