Pengarah program, Wan Shahrin Azwan Wan Sulaiman berkata, program anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) universiti itu diadakan sempena musim tengkujuh bagi mengeratkan ukhwah sesama ahli dan komuniti luar.

“Sepanjang program tersebut, peserta berhadapan hujan lebat dan ia sesuai dengan kayuhan bertemakan musim tengkujuh, sekali gus memberi cabaran kepada peserta untuk menamatkan kayuhan tersebut,” katanya.