Pengarah Urusannya, Saliza Abdullah berkata, program bersempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat itu bukan sahaja dapat memberikan pendedahan buat kakitangannya terhadap dunia luar malah ia juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka.

Program tersebut diisi dengan siri lawatan ke lokasi bersejarah, Pejabat Pos Besar, gereja besar Notre Dame, terowong Cu Chi, menaiki sampan menyusuri Sungai Mekong serta ke Pasar Benh Thanh.