Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Dr. Wasitah Mohd. Yusof berkata, beliau berharap peserta dapat mempelajari dan mempraktikkan teknik ‘menghidu’ berita, menulis dan mengambil gambar yang betul.

Katanya, langkah itu penting bagi memenuhi kehendak media dan menerbitkan laporan dalam buletin institut masing-masing.

“Kursus dan latihan yang dikendalikan IKTBN ini menekankan aspek amali kepada peserta dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan agar dapat mempercepatkan proses hebahan berita kepada media dan masyarakat,” ujarnya.