Penyelaras program, Yahya Mohd. Lewas berkata, pertemuan tersebut diadakan bertujuan mengeratkan semula silaturahim bekas pelajar yang sudah lama terpisah selepas masing-masing berkerjaya dan berkeluarga.

“Kami merancang untuk terus mengadakan pertemuan seperti ini pada setiap tahun dengan menyasarkan kehadiran lebih ramai rakan pelajar,” katanya.