Pengerusi program, Mohd. Azlee Yacub berkata, pihaknya bersyukur apabila majlis yang dirancang selama dua bulan lalu akhirnya berjalan dengan lancar.

“Tujuan program itu diadakan ialah untuk menjalin kembali hubungan yang telah lama terpisah selain mengimbau semula kenangan ketika alam persekolahan,” katanya.

Pelbagai acara diadakan sepanjang program itu seperti makan tengah hari, cabutan bertuah dan lain-lain.