Menurut salah seorang bekas pelajar, Yazid Selan, majlis tersebut berjaya menemukan semula bekas pelajar yang tidak berjumpa lebih 30 tahun.

“Pada majlis ini, pelbagai acara diadakan seperti aktiviti sukaneka seperti boling, congkak dan memanah,” katanya.