Menurut salah seorang bekas pelajar, Mior Maarof Mior Mokhtar, majlis yang diadakan sempena genap 20 tahun meninggalkan Maktab Tentera Diraja itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.

“Majlis yang diadakan selama dua hari satu malam ini turut dihadiri oleh 12 orang guru serta dua pegawai dan dua anggota tentera dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Pertemuaan ini diakhiri dengan aktiviti meletakkan plak dan merakam gambar kenangan di pekarangan Taman Alumni,” ujarnya.