Tetamu berkenaan terdiri daripada bekas-bekas pelajar dan guru serta pelajar-pelajar tahfiz yang turut diraikan dengan acara bacaan tahlil dan jamuan.

Wakil penganjur, Rosli Lazim berkata, program kali kedua berkenaan diadakan bagi menyatukan semula kumpulan pelajar yang menuntut di sekolah itu pada tahun 1982 hingga 1986.

“Acara ini diadakan bagi mengeratkan semula ukhuwah setelah lebih 30 tahun terpisah apabila masing-masing membawa haluan selepas tamat persekolahan,” katanya.