Perjumpaan yang berlangsung di dewan SKTAAM diadakan dengan suasana ceria, kata Pengerusi Alumni sekolah itu, Mohd. Affzanizam Ahmad.

“Kami terdiri daripada pelajar dan guru yang pernah berkhidmat dari tahun 1990 hingga 1995 di sekolah ini.

“Setelah hampir 22 tahun tidak bertanya khabar, akhirnya kami dapat berjumpa kembali rakan-rakan di zaman pelajar dahulu,” katanya.

Pada majlis itu, mereka turut mengambil kesempatan melancarkan Kelab Alumni Pelajar SKTAAM.