Menurut penyelaras program, Zaidatushahrum Mohd. Zaini, majlis kali ke-8 itu bertujuan mengeratkan hubungan sesama bekas pelajar termasuk guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

“Semasa zaman persekolahan dahulu, kami mempunyai hubungan yang cukup erat bukan sahaja dengan guru tetapi juga kakitangan sekolah lain yang dianggap umpama abang dan kakak sendiri.

“Kami amat gembira kerana majlis kali ini mendapat kehadiran paling ramai termasuk ada yang tidak pernah bertemu sejak meninggalkan alam persekolahan sejak 30 tahun lalu,,” ujarnya.

Bagi bekas guru, Zuliah Abdul Kadir, beliau amat berbesar hati dengan kesungguhan bekas pelajarnya menganjurka­n majlis berkenaan yang dapat mengeratkan ukhuwah anta­ra pelajar dan guru-guru.