Pengurus majlis itu, Nur Sakinah Ramli berkata, majlis yang dianjurkan Barisan Komiti Batch 1996/1997 tersebut diadakan selama dua hari iaitu majlis makan malam di hotel tersebut serta aktiviti di MRSM Jasin pada keesokan hari.

Katanya, antara aktiviti utama yang diadakan termasuk pengumuman sebahagian daripada kutipan yuran iaitu sebanyak RM6,000 kepada MRSM tersebut selain sumbangan kepada rumah anak yatim Nur Ekhwan, Meru di Klang.

“Pada hari kedua, kami menganjurkan majlis tahlil arwah alumni dan guru selain melakukan lawatan ke bilik darjah dan blok asrama bersama keluarga.

“Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengembalikan nostalgia tetapi ia dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan antara alumni dengan pihak sekolah,” ujarnya.