Pengerusi Alumni sekolah, Md. Din Hussien berkata, majlis pertemuan semula itu yang diadakan di sekolah tersebut dapat mengeratkan kembali hubungan bekas guru yang pernah mencurahkan ilmu di sekolah itu sekitar tahun 1975 hingga kini.

“Pertemuan pertama ini mengimbau nostalgia di sekolah ini apabila yang hadir dapat beramah mesra sehingga ada yang menitiskan air mata ketika berjumpa sahabat lama.

“Kami turut mengundang bekas murid sekolah ini dari seluruh negara menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Instagram serta WhatsApp selain menyampaikan pe­sanan menerusi rakan,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili, Rasman Ithnain.