Turut serta ialah bekas atlet dekathlon, Muhammad Malik Tobias dan atlet lompat jauh, Ahmad Faisal Salim.

Selain sesi perjumpaan, bekas-bekas atlet kebangsaan dengan nama pasukan Real Athlete FC turut mengadakan satu perlawanan bola sepak persahabatan dengan petugas-petugas media sukan yang dikenali sebagai Team Media FC.

Perlawanan penuh meriah itu dimenangi pasukan petugas media dengan keputusan 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 5-5 dalam tempoh 120 minit permainan.