Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bertujuan memperkasakan kemahiran pelajar menjadi usahawan cilik menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.

“Sumbangan ini dapat meningkatkan mutu dan prestasi kerja para pelajar serta guru dalam menguruskan koperasi terutamanya memudahkan urusan mereka daripada segi menyimpan rekod-rekod koperasi tanpa perlu menggunakan buku,” katanya.

Turut hadir, Pengetua SMK Kelana Jaya, Jamaluddin Haron dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Haizal Ayop.