Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, proses memperkenalkan konsep kariah koperasi masjid kepada komuniti Islam negara anggota OIC tersebut melibatkan sebanyak 57 buah negara.

“Angkasa akan mengolah dan memperbaiki konsep koperasi masjid yang diguna oleh negara-negara OIC supaya kegiatan ekonomi dapat melibatkan ahli kariah masjid itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Koperasi Kariah Masjid Bukit Indah Ampang Bhd. (KoopMBI) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi KoopMBI, Datuk Ir. Ghazali Omar dan Timbalan Nazir masjid berkenaan, Zainal Rashid Zakaria.