Program tanggungjawab sosial korporat kali pertama itu turut disertai enam buah koperasi yang bernaung dalam Angkasa serta tiga institusi kewangan iaitu Bank Rakyat, CoopBank Persatuan dan Bank Muamalat yang terlibat menaja bubur lambuk.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, program turun padang itu dianjurkan untuk memperkenalkan Angkasa kepada masyarakat di setiap negeri selain membantu komuniti setempat.