Salah seorang pendaki, Superintendan Suzlmy Affendi berkata, perancangan untuk mendaki puncak tertinggi negara dan Asia Tenggara itu sudah dibuat sejak tahun 2015 lagi.

“Tujuan pendakian ini adalah bagi menjadikan aktiviti sihat sebagai amalan dalam kalangan warga IPD Seremban 2.

“Bagi menjayakan hasrat ini, kami tubuhkan kelab mendaki ‘STTwo Hiking Club’ bagi menjadikan aktiviti pendakian sebagai rutin jika ada kelapangan,” katanya.