Program itu merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Datuk Padilah Ali berkata, program yang diadakan pada setiap Rabu itu bertujuan membina keterampilan dan daya keyakinan tinggi dalam kalangan anak-anak jalanan Chow Kit.