Program itu turut mendapat kerjasama daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kecacatan Perkembangan) Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam, Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Hospital Taiping, Dr. Roshida Md. Rashid berkata, objektif utama penganjuran program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan ibu bapa tentang kepentingan memberikan rangsangan awal kepada kanak-kanak autisma.