Penganjurnya, Tiew Wai Sin berkata, majlis yang menghimpunkan pelajar dari 1974 hingga 1976 tersebut diadakan bertujuan menemukan semula pelajar dan guru setelah hampir 20 tahun berpisah.

“Harapan saya agar majlis ini menjadi titik pemula untuk kita semua kembali merapatkan hubungan dan saling menghubungi antara satu sama lain selepas ini,” katanya.