Program yang diberi nama Reunion Sahabat Ukhuwah 77 itu dianjurkan buat kali kedua setelah 23 tahun tidak bersua muka selepas meninggalkan alam persekolahan.

Pengerusinya, Darul Azmira Tajudin berkata, majlis itu bertujuan menemukan kembali sahabat yang lama terpisah selain berusaha mengaktifkan semula persatuan alumni sekolah.