Kehadiran Presiden Alumni Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Samsudin Oli Mohamed telah memberi sumber inspirasi kepada pelajar baharu dalam program tersebut yang bertemakan “Gapai Harapan, Cipta Kejayaan”.

Pengarah IKBN, Mohd. Ridzuan Wan Abdullah Zawawi berterima kasih kepada alumni ILKBS kerana memberi gambaran sebenar dan berkongsi kejayaan mereka sebagai lepasan pelajar ILKBS.

“Program yang dijalankan ini bertujuan supaya pelajar lebih bersemangat apabila alumni berkongsi mengenai kejayaan mereka selepas mengikuti pengajian di sini.

“Slot bersama alumni ILKBS juga turut disusun bagi menjayakan minggu paradigma selama seminggu untuk pelajar baharu ini,” ujarnya.