Timbalan Ketua SMJPJ Jeli dan Tanah Merah, Mohd. Arif Yusoff berkata, program itu bertujuan mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli skuad berkenaan dan kakitangan JPJ.
“Dalam program itu, kita menyambut hari jadi beberapa ahli dengan menyediakan kambing panggang serta ayam bakar selain juadah lain bagi menceriakan lagi suasana,” katanya.