Program yang dikendalikan oleh Guru Utama Silat Cekak Hanafi, Marwi Latif itu mendapat penyertaan daripada ahli persatuan itu terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah.

Program itu diadakan sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif kerajaan bagi mewujudkan sebuah negara bersukan.

Ia berlangsung di Ibu Pejabat Persatuan Silat Seni Cekak Ustaz Hanafi Malaysia di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.