Pertandingan itu antara lain mencungkil bakal dalam kalangan ahli pengakap dalam kemahiran asas yang dipelajari sebelum ini selain menguji kemahiran berbahasa Inggeris.

Pada majlis itu, acara lain yang dipertandingkan ialah seperti menjejak papan tanda dan memasak tanpa api.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Wan Mahani Mahmood.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Mohd. Nizar Yusof dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Muda, Maskor Tulka.