Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulim, Ismail Othman berkata, kursus itu sangat bermanfaat kerana dapat membantu membentuk sifat kepimpinan, sikap bertanggungjawab dan kerjasama antara ahli pengakap dalam kumpulan.

Ahli-ahli pengakap yang mengikuti kursus itu bakal menjadi ketua bagi kumpulan pengakap mereka di sekolah masing-masing. Kursus itu antara syarat utama untuk seseorang pengakap mendapatkan anugerah yang lebih tinggi pada masa akan datang.