Wakil Kelab TM, Norlela Baba berkata, pihaknya ingin memupuk sifat empati dan semangat kesukarelawan dalam kalangan peserta melalui program tanggungjawab sosial korporat yang dianjurkan.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggembirakan dan menceriakan kanak-kanak di Wad Pediatrik agar mereka tidak rasa sedih mahupun tersisih,” katanya.

Delegasi TM disambut Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof diiringi Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Taiping, Dr. Saiful Rijal serta pegawai-pegawai lain.