Ahli-ahli kelab ini turut melaksanakan program komuniti membersihkan pekarangan Pondok Polis Pengkalan Balak dan membaik pulih kelengkapan di premis berkenaan.

Presiden MOW Malaysia, Ahmad Rithaudden Abd. Razak berkata, program tersebut secara tidak langsung mengeratkan hubungan ahli-ahli kelab dengan pihak polis.

“Ini sebahagian daripada usaha kita menghargai jasa pasukan berkenaan,” ujarnya.